Mencari yang HALAL LAGI BAIK (bersih, suci dan bebas dari najis) merupakan suatu kewajipan ke atas umat Islam.

Dalam konteks dunia hari ini, halal tidak lagi hanya dilihat sebagai suatu kepatuhan di dalam beragama, tetapi ia telah meliputi segenap aktiviti yang dilakukan di dalam kehidupan dan menjadi suatu piawaian pilihan bukan sahaja di kalangan Muslim bahkan orang yang bukan Muslim.

Halal merupakan suatu konsep yang boleh digunapakai dalam konteks yang luas iaitu ia tidak terhad kepada makanan semata-mata, malah ia meliputi perkara- perkara lain termasuklah produk-produk penjagaan diri, ubat-ubatan, perkhidmatan dan pengkomersilan yang berkaitan dengan industri halal.

Allah S.W.T. berfirman:

يَا أَيُهَا الّنَاسُ كُلُواْ مِّمَا فِي األَرْضِ حَالَالً طَّيِباً وَالَ تَّتَبِعُواْ خُطُوَاتِ الّشَّيْطَان إِّنَهُ لَكُمْ عَدُوٌ مُبِّين


 
 
 
 
 
 
 
 
1st Floor, Block B, Academy of Islamic Studies, University of Malaya, 50603 Kuala Lumpur
Tel : 603-79676242/6243
Fax :
ihrum.um.edu.my
 
CCM 2.0 EDi - Copyright © 2008 - 2017 Pusat Teknologi Maklumat (PTM), University of Malaya, 50603 Kuala Lumpur, MALAYSIA. http://ict.um.edu.my